Sabtu, 21 Januari 2017

       بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sahabat, hari nak kongsikan sedikit ilmu yang bermanfaat .Inshaallah😊
Yang saya dapat dari group telegram :-


Imam Malik رحمة الله تعالى pernah berkata :

Manusia jadi tenang dan hebat bila ada 4 perkara ini ;

✨1. Kenderaan yang pantas.

✨2. Rumah yang lapang.

✨3. Pakaian yang cantik.

✨4. Lampu yang terang.

Kemudian ada yang bertanya kepada Imam Malik.

"Apakah yang dimaksudkan kenderaan yang pantas?"

Maka, Imam Malik menjawab :
"Kenderaan yang pantas bermaksud akal yang bijak."

Lalu ada yang bertanya lagi,
"Apakah yang dimaksudkan rumah yang lapang?"

Imam Malik menjawab,
"Rumah yang lapang maknanya kesabaran yang tinggi."

Kata Imam Malik lagi,
"Pakaian yang cantik bermaksud akhlak yang baik."

Dan terakhir,
"Lampu yang terang maknanya ilmu yang menerangi (bermanfaat)."

Semoga bermanfaat buat kita dan semua,
Sekian terima kasih.
Maaf jika ada silap mohon tegur.
Assalamualaikum

Isnin, 9 Januari 2017

Buat sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sabahat,
Ini penjelasanku atas segala yang berlaku

Dear mylovely friend

Jika kau ingin marah ,
Marahlah aku.
Jika kau ingin hina,
Hinalah aku.
Jika kau ingin herdik,
Herdiklah aku.
Jika kau ingin mengata,
Mengatalah aku.
Jika kau ingin benci,
Bencilah aku.
Jika kau ingin caci,
Cacilah aku.
Jika kau ingin abaikan,
Abaikanlah aku.
Jika kau ingin perli ,
Perlilah aku.
Jika kau ingin dendam,
Dendamlah aku.
Sebab aku tahun aku layak menerima semua itu.
Tapi dengarlah penjelasanku .
Aku pergi bukan kerana pentingkan diri
Tapi kerana aku tak mampu
Dan aku tak sanggup lagi melihat ibubapa ku
Susah kerana aku.walaupon aku tahu
Jika aku pergi pasti ramai yang kecewa dan membenci.
Percayalah berat sebenarnya untuk aku pergi ,
Dan berat juga untuk aku hilang sahabat yang selalu ada didepan mata
Tapi hanya ini jalan yang mampu aku buat.
Sejujurnya keputusanku hanya kerana keluarga dan sahabatku
Bukan kerana aku penting diri.
Aku minta maaf sangat!
Aku sayang korang macam keluarga sendiri
Aku minta maaf sesangat.
Aku yakin jika diberi peluang pasti kita bertemu semula.

Kita bertemu kerana takdir,
Kita terpisah kerana takdir,
Dan
Aku percaya kerana takdir ,
Kita akan bertemu semula.

Dari hati buat sahabat.

 -Nsh-


Dari hati kepada hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sahabat,
Ini persananku buat hati yang luka.
 
Dear hati,

Aku tahu kau sedang sakit  dan sangat tenat ,
Tapi kau kena sabar dan terus kuat ,
Kau tak boleh semakin lemah ,
Kau kena bangkit untuk kuat ,
Kau kena lawan semua rasa sakit,
Kau kena ubati rasa terluka,
Kau kena tabah dengan segalanya,
Kau kena hadapi semua ujiannya,
Kau kena redha tanpa mempersoalkan apa2,
Dan kau kena ingat setiap apa yang allah beri
Pasti ada hikmah yang besar disepaliknya,
Setiap jalan yang bengkok pastu ada jalan yang lurus,
Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya,
Setiap yang buruk pasti ada kebaikkannya,
Apa yang kau perlu buat ialah cari jalan keluar ,
Dan redha atas segalanya.
Percayalah jika kau selalu ingat dan berserah kepadanya
Pasti ia akan memberi jalan yang mudah untuk kau,
Duhai sekeping hati janganlah engkau mudah mengakah,
Kuatlah untuk kau,aku,dia,dan mereka.

لا تياس

Luahan rasa dari seorang pendosa dan pendustapendusta

-Nsh-

Jumaat, 30 Disember 2016

Nasihat Tentang DAKWAH

                                                      بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sahabat ,malam ni saya nak kongsikan nasihat Buya Hamka kepada kita semua  tentang "Dakwah" yang saya dapat dari group Tele.

                               DAKWAH

▫Dakwah itu membina, bukan menghina.
▫Dakwah itu mendidik, bukan 'membidik'
▫Dakwah itu mengobati bukan melukai.
▫Dakwah itu mengukuhkan bukan meruntuhkan.
▫ :Dakwah itu saling menguatkan, bukan saling melemahkan.
▫Dakwah itu mengajak, bukan mengejek.
▫Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan.
▫Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.
▫Dakwah itu saling belajar, bukan saling bertengkar.
▫Dakwah itu menasehati bukan mencaci maki.
▫Dakwah itu merangkul bukan memukul.
▫Dakwah itu ngajak bersabar, bukan ngajak mencakar.
▫Dakwah itu argumentative, bukan provokatif.
▫Dakwah itu bergerak cepat, bukan sibuk berdebat.
▫Dakwah itu realistis bukan fantastis.
▫Dakwah itu mencerdaskan bukan membodohkan.
▫Dakwah itu menawarkan solusi bukan mengumbar janji.
▫Dakwah itu berlomba dalam kebaikan bukan berlomba saling menjatuhkan.
▫Dakwah itu menghadapi masyarakat bukan membelakangi masyarakat.
▫Dakwah itu memperbarui masyarakat, bukan membuat masyarakat baru.
▫Dakwah itu mengatasi keadaan bukan meratapi kenyataan.
▫Dakwah itu pandai memikat, bukan mahir mengumpat.
▫Dakwah itu menebar kebaikan bukan mengorek kesalahan.
▫Dakwah itu menutup aib dan memperbaikinya, bukan mencari2 aib dan menyebarkannya.
▫Dakwah itu menghargai perbedaan, bukan memonopoli kebenaran.
▫Dakwah itu mendukung semua program kebaikan bukan memunculkan keraguan.
▫Dakwah itu memberi senyum manis, bukan menjatuhkan vonis.
▫Dakwah itu berletih-letih menanggung problema umat, bukan meletihkan umat.
▫Dakwah itu menyatukan kekuatan, bukan memecah belah barisan.
▫Dakwah itu kompak dalam perbedaan, bukan ribut mengklaim kebenaran.
▫Dakwah itu siap menghadapi musuh bukan selalu mencari musuh.
▫Dakwah itu mencari teman, bukan mencari lawan.
▫Dakwah itu melawan kesesatan bukan mengotak atik kebenaran.
▫Dakwah itu asyik dalam kebersamaan bukan bangga dengan kesendirian.
▫Dakwah itu menampung semua lapisan,bukan memecah belah persatuan.
▫Dakwah itu kita mengatakan: *"aku cinta kamu"*bukan "aku benci kamu"
▫Dakwah itu kita mengatakan: "Mari bersama kami" bukan "Kamu harus ikut kami".
▫Dakwah itu *"Beaya Sendiri"*bukan "Dibeayai/Disponsori"
▫Dakwah itu "Habis berapa ?" bukan "Dapat berapa ?"
▫Dakwah itu "Memanggil/   Mendatangi bukan "Dipanggil/Panggilan"
▫Dakwah itu "Saling Islah" bukan "Saling Salah
▫Dakwah itu di masjid, di sekolah, di pasar, di kantor, di parlemen, di jalanan, hingga dimana saja, bukan hanya di pengajian.
 ▫Dakwah itu dengan

         "Cara Nabi" bukan dengan "Cara Sendiri"


                                   _Buya Hamka_

Semoga bermanfaat untuk kita semua ,
Sekian terima kasih ,
Selamat malam.



       -NSH-

Rabu, 28 Disember 2016

Kehidupan Baru


                                     بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum semua, setelah bertahun lama blog ni menyepi inshaallah bermula harini saya akan kembali menulis blog.Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk aktifkan blog ni semula.Semoga apa yang saya akan  tulis dalam blog nii memberi manfaat Dan pengajaran pada kita semua.Inshaallah.
   Tujuan saya mengaktifkan blog ni adalah untuk berkongsi masalah,luahan,pendapat dan ilmu serba sedikit.Saya harap kita dapat berkongsi semua itu ,Inshaallah.Akhir kata sekiranya saya ada melakukan kesalahan tegurlah dan nasihatkan saya.


Sekian terima kasih sahabat.

-Nsh-

Isnin, 10 Jun 2013

HIDUP MATI KITA KERANA ALLAH SWT

♥KITA ISLAM♥

Ada Allah ✔


Ingat Allah ✔


Sayang Allah ✔


Cinta Allah ✔


Perlu Allah ✔


Percaya Allah ✔


♥DAN HIDUP MATI KITA
KERANA ALLAH SWT♥

Rabu, 28 November 2012

jangan suka mengata orang

Kita tak boleh hentikan mulut orang lain dari


mengata, tapi kita boleh hentikan mulut kita dari 

mengata orang lain.