Sabtu, 21 Januari 2017

       بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sahabat, hari nak kongsikan sedikit ilmu yang bermanfaat .Inshaallah😊
Yang saya dapat dari group telegram :-


Imam Malik رحمة الله تعالى pernah berkata :

Manusia jadi tenang dan hebat bila ada 4 perkara ini ;

✨1. Kenderaan yang pantas.

✨2. Rumah yang lapang.

✨3. Pakaian yang cantik.

✨4. Lampu yang terang.

Kemudian ada yang bertanya kepada Imam Malik.

"Apakah yang dimaksudkan kenderaan yang pantas?"

Maka, Imam Malik menjawab :
"Kenderaan yang pantas bermaksud akal yang bijak."

Lalu ada yang bertanya lagi,
"Apakah yang dimaksudkan rumah yang lapang?"

Imam Malik menjawab,
"Rumah yang lapang maknanya kesabaran yang tinggi."

Kata Imam Malik lagi,
"Pakaian yang cantik bermaksud akhlak yang baik."

Dan terakhir,
"Lampu yang terang maknanya ilmu yang menerangi (bermanfaat)."

Semoga bermanfaat buat kita dan semua,
Sekian terima kasih.
Maaf jika ada silap mohon tegur.
Assalamualaikum

Isnin, 9 Januari 2017

Buat sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sabahat,
Ini penjelasanku atas segala yang berlaku

Dear mylovely friend

Jika kau ingin marah ,
Marahlah aku.
Jika kau ingin hina,
Hinalah aku.
Jika kau ingin herdik,
Herdiklah aku.
Jika kau ingin mengata,
Mengatalah aku.
Jika kau ingin benci,
Bencilah aku.
Jika kau ingin caci,
Cacilah aku.
Jika kau ingin abaikan,
Abaikanlah aku.
Jika kau ingin perli ,
Perlilah aku.
Jika kau ingin dendam,
Dendamlah aku.
Sebab aku tahun aku layak menerima semua itu.
Tapi dengarlah penjelasanku .
Aku pergi bukan kerana pentingkan diri
Tapi kerana aku tak mampu
Dan aku tak sanggup lagi melihat ibubapa ku
Susah kerana aku.walaupon aku tahu
Jika aku pergi pasti ramai yang kecewa dan membenci.
Percayalah berat sebenarnya untuk aku pergi ,
Dan berat juga untuk aku hilang sahabat yang selalu ada didepan mata
Tapi hanya ini jalan yang mampu aku buat.
Sejujurnya keputusanku hanya kerana keluarga dan sahabatku
Bukan kerana aku penting diri.
Aku minta maaf sangat!
Aku sayang korang macam keluarga sendiri
Aku minta maaf sesangat.
Aku yakin jika diberi peluang pasti kita bertemu semula.

Kita bertemu kerana takdir,
Kita terpisah kerana takdir,
Dan
Aku percaya kerana takdir ,
Kita akan bertemu semula.

Dari hati buat sahabat.

 -Nsh-


Dari hati kepada hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sahabat,
Ini persananku buat hati yang luka.
 
Dear hati,

Aku tahu kau sedang sakit  dan sangat tenat ,
Tapi kau kena sabar dan terus kuat ,
Kau tak boleh semakin lemah ,
Kau kena bangkit untuk kuat ,
Kau kena lawan semua rasa sakit,
Kau kena ubati rasa terluka,
Kau kena tabah dengan segalanya,
Kau kena hadapi semua ujiannya,
Kau kena redha tanpa mempersoalkan apa2,
Dan kau kena ingat setiap apa yang allah beri
Pasti ada hikmah yang besar disepaliknya,
Setiap jalan yang bengkok pastu ada jalan yang lurus,
Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya,
Setiap yang buruk pasti ada kebaikkannya,
Apa yang kau perlu buat ialah cari jalan keluar ,
Dan redha atas segalanya.
Percayalah jika kau selalu ingat dan berserah kepadanya
Pasti ia akan memberi jalan yang mudah untuk kau,
Duhai sekeping hati janganlah engkau mudah mengakah,
Kuatlah untuk kau,aku,dia,dan mereka.

لا تياس

Luahan rasa dari seorang pendosa dan pendustapendusta

-Nsh-