Isnin, 9 Januari 2017

Buat sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum sabahat,
Ini penjelasanku atas segala yang berlaku

Dear mylovely friend

Jika kau ingin marah ,
Marahlah aku.
Jika kau ingin hina,
Hinalah aku.
Jika kau ingin herdik,
Herdiklah aku.
Jika kau ingin mengata,
Mengatalah aku.
Jika kau ingin benci,
Bencilah aku.
Jika kau ingin caci,
Cacilah aku.
Jika kau ingin abaikan,
Abaikanlah aku.
Jika kau ingin perli ,
Perlilah aku.
Jika kau ingin dendam,
Dendamlah aku.
Sebab aku tahun aku layak menerima semua itu.
Tapi dengarlah penjelasanku .
Aku pergi bukan kerana pentingkan diri
Tapi kerana aku tak mampu
Dan aku tak sanggup lagi melihat ibubapa ku
Susah kerana aku.walaupon aku tahu
Jika aku pergi pasti ramai yang kecewa dan membenci.
Percayalah berat sebenarnya untuk aku pergi ,
Dan berat juga untuk aku hilang sahabat yang selalu ada didepan mata
Tapi hanya ini jalan yang mampu aku buat.
Sejujurnya keputusanku hanya kerana keluarga dan sahabatku
Bukan kerana aku penting diri.
Aku minta maaf sangat!
Aku sayang korang macam keluarga sendiri
Aku minta maaf sesangat.
Aku yakin jika diberi peluang pasti kita bertemu semula.

Kita bertemu kerana takdir,
Kita terpisah kerana takdir,
Dan
Aku percaya kerana takdir ,
Kita akan bertemu semula.

Dari hati buat sahabat.

 -Nsh-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan